CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 6, 2009

Program Kecergasan Anjuran Kelab Belia Malaysia K. Langat

Kelab Belia Malaysia Kawasan Kuala Langat telah mengadakan satu Program Kecergasan & Pendaftaftaran Rakan Muda di SMKTPG pada tanggal 6 Februari 2009, bermula jam 7.30 pagi. Program yang dimulakan dengan aktiviti senamrobik itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar. Seterusnya, majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Kamal Affendy yang sering menghiasi kaca TV di dalam program-program yang berbentuk analisis jenayah. Ceramah yang disampaikan oleh beliau "Ceramah Jenayah Berat" telah memberi pengisian baru kepada para pelajar SMKTPG mengenai jenis-jenis jenayah dan cara pencegahannya. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Penceramah dan Penganjur Majlis iaitu Kelab Belia Malaysia Kawasan Kuala Langat.

0 comments: