CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 22, 2009

Selangor Johan Ragbi MSSM

selangor telah menjadi johan MSSM setelah mengalahkan kelantan dengan 35 - 12.
2 try yang diperolehi oleh selangor telah disumbangkan oleh pelajar tpg iaitu Muhammad Haliffah b. mohd Khairi. kemenangan ini dikongsi utk semua warga selangor terutama guru-guru smktpg yg bertukus lumus dlm menjalankan amanah. akhir kata..... tpg tidak lagi memburu....tpg telah juara.

Thursday, March 12, 2009

Pasukan Bola Baling B15 Lelaki dan Perempuan SMKTPG Naib Johan MSSD Kuala Langat





Pasukan Bola baling SMKTPG dikendalikan oleh Cikgu Salleh, Cikgu Amin Zaki, Cikgu Ruzi, Cikgu Salina, Cikgu Anita dan Cikgu Zalinawati




Pada 10 dan 11 Mac 2009 SMKTPG telah menghantar 3 pasukan bola baling ke Pertandingan Bola Baling MSSD Kuala Langat di SMK Bandar Banting. Tahun ini SMKTPG menghantar tiga pasukan iaitu perempuan dan lelaki bawah 15 tahun serta lelaki bawah 18 tahun. Pasukan SMKTPG telah menjadi Naib Johan untuk kategori Lelaki dan Perempuan B15. Sementara pasukan Lelaki B18 berjaya setakat ke peringkat suku akhir. Pada perlawanan akhir pasukan Perempuan B15 SMKTPG tewas kepada pasukan SMK Tg Sepat 1-4 sementara Lelaki B15 tewas kepada SMK Bandar Banting 1-4. SMK Bandar Banting telah menjadi johan dalam kategori Lelaki B15 dan B18 serta Perempuan B18. Kejayaan mereka membakar semangat pasukan SMKTPG. Panglima Memburu Juara yang menjadi slogan keramat SMKTPG akan kami semat dalam dada dan tahun depan kami pasti lebih menyengat! Itu janji kami!

Sunday, March 8, 2009

LATIHAN KAWAD SENJATA




pada 7 mac, anggota pkbm yang baru berdaftar tahun ini buat pertama kalinya memegang senjata m16. latihan ini mendedahkan mereka akan senjata m16 yang terkenal pada perang dunia ke-2 dan juga perang vietnam. Senjata ini merupakan keluaran Amerika Syarikat dan masih digunakan ketika ini.

lagi....