CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 3, 2009

SMKTPG memperoleh 4 emas 4 perak dan 2 gangsa dalam Kejohanan Taekwando MSSD Kuala Langat 2009

Pasukan Taekwando SMKTPG telah memperoleh 4 emas, 4 perak dan 2 gangsa dalam Kejohanan Taekwando MSSD Kuala Langat yang diadakan di SMK Agama Tengku Ampuan Rahimah, Sg Manggis pada 2 Mei 2009. Guru Penasihat ialah En Nor Azman Sanot. Maklumat lanjut berhubung kejayaan ini akan menyusul kemudian.

SMKTPG Johan Bola Tampar B18 Perempuan MSSD

Pasukan B18 Perempuan SMKTPG telah menjadi johan Pertandingan Bola Tampar MSSD Kuala Langat yang diadakan di SMK Bkt Canggang pada 29 & 30 April 2009. Sementara Pasukan B15 P telah mendapat tempat ketiga. Seluruh warga SMKTPG bangga atas kejayaan ini dan diucapkan tahniah. Berita lanjut dan terperinci akan menyusul kemudian.