CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 6, 2009

aktiviti - aktiviti PKBM 2009

aktiviti - aktiviti PKBM 2009

sila layari blog pkbm

http://pkbmsmktpg.blogspot.com/

Thursday, July 23, 2009

assalamualaikum...kepada pengunjung blog harap dapat menggunakan blog ini dengan sebaiknya...jangan menabur fitnah menggunakan nickname guru-guru.sesungguhnya fitnah itu dosanya besar sehingga matinya pun tidak akan diampun selagimana dia tidak memohon maaf kepada orang yang di fitnah

Thursday, June 18, 2009

NEW POST AT PKBM SMKTPG

PLEASE COME AND SEE ........>>>>>>>>> PKBM SMKTPG

Sunday, May 3, 2009

SMKTPG memperoleh 4 emas 4 perak dan 2 gangsa dalam Kejohanan Taekwando MSSD Kuala Langat 2009

Pasukan Taekwando SMKTPG telah memperoleh 4 emas, 4 perak dan 2 gangsa dalam Kejohanan Taekwando MSSD Kuala Langat yang diadakan di SMK Agama Tengku Ampuan Rahimah, Sg Manggis pada 2 Mei 2009. Guru Penasihat ialah En Nor Azman Sanot. Maklumat lanjut berhubung kejayaan ini akan menyusul kemudian.

SMKTPG Johan Bola Tampar B18 Perempuan MSSD

Pasukan B18 Perempuan SMKTPG telah menjadi johan Pertandingan Bola Tampar MSSD Kuala Langat yang diadakan di SMK Bkt Canggang pada 29 & 30 April 2009. Sementara Pasukan B15 P telah mendapat tempat ketiga. Seluruh warga SMKTPG bangga atas kejayaan ini dan diucapkan tahniah. Berita lanjut dan terperinci akan menyusul kemudian.

Sunday, March 22, 2009

Selangor Johan Ragbi MSSM

selangor telah menjadi johan MSSM setelah mengalahkan kelantan dengan 35 - 12.
2 try yang diperolehi oleh selangor telah disumbangkan oleh pelajar tpg iaitu Muhammad Haliffah b. mohd Khairi. kemenangan ini dikongsi utk semua warga selangor terutama guru-guru smktpg yg bertukus lumus dlm menjalankan amanah. akhir kata..... tpg tidak lagi memburu....tpg telah juara.

Thursday, March 12, 2009

Pasukan Bola Baling B15 Lelaki dan Perempuan SMKTPG Naib Johan MSSD Kuala Langat





Pasukan Bola baling SMKTPG dikendalikan oleh Cikgu Salleh, Cikgu Amin Zaki, Cikgu Ruzi, Cikgu Salina, Cikgu Anita dan Cikgu Zalinawati




Pada 10 dan 11 Mac 2009 SMKTPG telah menghantar 3 pasukan bola baling ke Pertandingan Bola Baling MSSD Kuala Langat di SMK Bandar Banting. Tahun ini SMKTPG menghantar tiga pasukan iaitu perempuan dan lelaki bawah 15 tahun serta lelaki bawah 18 tahun. Pasukan SMKTPG telah menjadi Naib Johan untuk kategori Lelaki dan Perempuan B15. Sementara pasukan Lelaki B18 berjaya setakat ke peringkat suku akhir. Pada perlawanan akhir pasukan Perempuan B15 SMKTPG tewas kepada pasukan SMK Tg Sepat 1-4 sementara Lelaki B15 tewas kepada SMK Bandar Banting 1-4. SMK Bandar Banting telah menjadi johan dalam kategori Lelaki B15 dan B18 serta Perempuan B18. Kejayaan mereka membakar semangat pasukan SMKTPG. Panglima Memburu Juara yang menjadi slogan keramat SMKTPG akan kami semat dalam dada dan tahun depan kami pasti lebih menyengat! Itu janji kami!

Sunday, March 8, 2009

LATIHAN KAWAD SENJATA




pada 7 mac, anggota pkbm yang baru berdaftar tahun ini buat pertama kalinya memegang senjata m16. latihan ini mendedahkan mereka akan senjata m16 yang terkenal pada perang dunia ke-2 dan juga perang vietnam. Senjata ini merupakan keluaran Amerika Syarikat dan masih digunakan ketika ini.

lagi....

Saturday, February 14, 2009

panglima kekal juara......



http://cikguyassir.blogspot.com/2009/02/panglima-kekal-juara.html

panglima telok kembali merampas gelaran...





http://cikguyassir.blogspot.com/2009/02/panglima-telok-kembali-merampas-gelaran.html

Friday, February 6, 2009

Program Kecergasan Anjuran Kelab Belia Malaysia K. Langat

Kelab Belia Malaysia Kawasan Kuala Langat telah mengadakan satu Program Kecergasan & Pendaftaftaran Rakan Muda di SMKTPG pada tanggal 6 Februari 2009, bermula jam 7.30 pagi. Program yang dimulakan dengan aktiviti senamrobik itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar. Seterusnya, majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Kamal Affendy yang sering menghiasi kaca TV di dalam program-program yang berbentuk analisis jenayah. Ceramah yang disampaikan oleh beliau "Ceramah Jenayah Berat" telah memberi pengisian baru kepada para pelajar SMKTPG mengenai jenis-jenis jenayah dan cara pencegahannya. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Penceramah dan Penganjur Majlis iaitu Kelab Belia Malaysia Kawasan Kuala Langat.

Thursday, February 5, 2009

Catur , Bola Jaring & Badminton MSSD

Catur (3 & 4 Februari 2009)

Tempat : SMK Sungai Manggis

Johan



Bola Jaring (3 & 4 Februari)

Tempat : Stadium Jugra

Kedudukan : Pasukan Bawah 18 (Johan)

Pasukan Bawah 15 (Ketiga)



Badminton (19 - 23 Jan 2009)

Tempat : Dewan Sri Panglima, SMKTPG

Kedudukan : Pasukan Bawah 18 Lelaki


Tuesday, February 3, 2009

Kejohanan Merentas Desa

Kejohanan Merentas Desa SMKTPG 2009 telah berjaya disempurnakan pada Sabtu, 17 januari 2009. Kesungguhan para pelajar dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru sepanjang kejohanan juga sangat amat membanggakan. Kedudukan rumah sukan secara keseluruhan adalah seperti berikut :


Juara : Rumah Kuning
Tempat Kedua : Rumah Merah
Tempat Ketiga : Rumah Hijau
Tempat Keempat : Rumah Biru